Isnin, 8 September 2014

BORANG ONLINE

Makluman kepada semua sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Beluran, Unit-unit Pengurusan PPD Beluran dan Jabatan-jabatan lain, di laman blog kami telah dipautkan borang secara online bagi perkara berikut :

1 : Borang pengesahan kehadiran ( Kursus/Bengkel/Taklimat dan Mesyuarat )
2 : Borang Tempahan Bilik-bilik untuk aktiviti Kursus/Bengkel/Taklimat dan Mesyuarat

Sekian dan terima kasih atas kerjasama anda....

Isnin, 18 Ogos 2014

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2014

Makluman kepada semua sekolah di Daerah Beluran, Penarafan SSQS telah diaktifkan semula pada 15.Julai 2014 sehingga 28.Ogos 2014 melalui laman sesawang  http://pkgbtpnkedah.moe.edu.my/ssqssabah/index.php. Sebarang masalah, boleh menghubungi pihak PKG Beluran untuk tindakan selanjutnya.

Isnin, 10 Februari 2014

OBJEKTIF DAN FUNGSI PUSAT KEGIATAN GURU


 OBJEKTIF  PENUBUHAN PUSAT KEGIATAN GURU
1.     Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknopen.
2.     Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah.
3.     Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
4.     Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
5.      Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
6.     Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk    guru-guru dan masyarakat setempat.

FUNGSI PUSAT KEGIATAN GURU

1.    Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan.
2.    Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.
3.    Menyebar, mempromosi dan menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.
4.    Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS di sekolah.
5.    Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program gerakan membaca di sekolah.
6.    Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah.
7.    Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah.
 

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT KEGIATAN GURU


Pusat Kegiatan Guru (PKG), dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan(PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.



Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai ajen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).



Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah ‘Daerah’, memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. 

Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.


Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia

Jumaat, 10 Januari 2014

SENARAI TUGAS GURU PENYELARAS BESTARI (GPB)

Peringkat : Sekolah Menengah / Rendah
Jawatan : Guru Penyelaras Bestari (DG41 / DGA29)
Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi,Waktu bertugas boleh
                              disesuaikan   merangkumi kedua-dua sesi.

1. Merancang dan mengajar matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.


2. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.

    2.1. Guru Penyelaras Bestari menjadi sumber penting penyalur semua maklumat dan maklumbalas
           kepada semua perlakuan perisian yang dibekalkan.

3. Mengurus dan menyenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan  
    serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.
    3.1. Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal atau kontraktor
           memenuhi speksifikasi seperti ditentukan oleh KPM.
    3.2. Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk
           peralatan rangkaian seperti pelayan, modem,router, hub dan sebagainya.
    3.3. Memastikan kesemua infrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.
    3.4. Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan infrastruktur
           teknologi ditempatkan.

4. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka  
    sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
    4.1. Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang diperlukan oleh pihak
           pengguna.
    4.2. Mengurus keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah dan membantu serta
           membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah.
    4.3. Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru seperti sidang video,
           penggunaan LCD projector, TV connector dan sebagainya.

5. Melatih guru menggunkan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan  
    penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
    5.1. Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
           guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan system aplikasi seperti bahan
           pengajaran dan pembelajaran.
    5.2. Memastikan audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk menentukan keberkesanan
           penggunaan tersebut.

6. Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan  
    penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
    6.1. Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengurus sisstem
           komputer (hardware & software) dan aplikasi perisian.
    6.2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan sekolah dalam penggunaan
           sistem aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.
    6.3. Memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management System
           atau SSMS) dalam pengurusan sekolah beroperasi dengan baik.

7. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditentukan 
    oleh KPM.
     7.1. Menilai perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan lain-lain perisian yang dibekalkan.

8. Sebagai pengurus emel.
     8.1. Menguruskan akaun dan emel warga sekolah.

9. Memastikan integriti dan keselamatan data.
     9.1. Memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti yang ditetapkan
            oleh pihak pengurusan.
     9.2. Memastikan keselamatan kemudahan infrastruktur teknologi dengan langkah-langkah seperti berikut:
            9.2.1. Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer.
            9.2.2. Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.
            9.2.3. Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.
            9.2.4. Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat- tempat 
                      yang telah dikenal pasti.

    9.3. Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut:
           9.3.1. Memastikan konfigurasi system beroperasi dengan baik dan lancar.
           9.3.2. Memastikan komputer bebas dari virus.

10. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa 
      mengikuti perkembangan ICT semasa.
      10.1. Memainkan peranan sebagai pakar rujuk lepada pengguna yang menghadapi masalah dengan    
               sistem pengoperasian, perkakasan dan perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mail,
               Internet, Printer dan lain-lain lagi.
      10.2. Mengenal pasti masalah yang timbal sama ada masalah yang berkaitan perkakasan, sistem
               pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian seperti Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
               dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.
      10.3. Menentukan kelancaran perjalanan sistem rangkaian secara keseluruhan dan sentiasa memastikan
               bahawa pengguna (enduser) dapat menggunakan sistem dan aplikasi secara optimum.

11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak 
      yang berkenaan.
      11.1. Menjalankan Configuration Management Audit mengikut jadual yang ditetapkan.
      11.2. Menjalankan pemantauan dan menyediakan laporan terhadap kecekapan rangkaian, tahap 
               penggunaan komponen Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari supaya membantu perancangan
               menaik taraf kemudahan ICT sekolah.
      11.3. Membantu menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah.

12. Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah.
      12.1. Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi.
      12.2. Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.

13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa.
      13.1. Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri dan luar negara mengenai
               Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari.

Khamis, 9 Januari 2014

Soalan Lazim Mengenai 1BestariNet dan FrogVLE



Apakah itu projek 1BestariNet?


1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari Mengenai Kami.
Apakah maksud Penyelesaian Bersepadu?
Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet (Internet Yes 4G). Untuk keterangan lanjut, sila layari Penyelesaian Bersepadu.
Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.
Kenapa perlu menggunakan Frog?
Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.Ketahui lebih lanjut bagaimana Frog boleh mempertingkatkan pembelajaran dengan menonton video-video ini!
Bagaimanakah saya boleh mengakses Frog VLE?
ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal akan membolehkan anda untuk mengakses Frog VLE. Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk. Untuk mendapatkan alamat VLE sekolah anda, sila klik di sini.
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan ID Yes 1BestariNet saya?

ID Yes 1BestariNet disalurkan ke semua sekolah. Sila berhubung dengan sekolah anda untuk mendapatkan ID Yes 1BestariNet anda.
Apakah lagi yang boleh saya perolehi dengan ID Yes 1BestariNet saya?

Dengan ID Yes 1BestariNet anda, anda boleh mengakses Frog VLE serta seluruh sumber dan aplikasi global daripada Google, Khan Academy, dan banyak lagi, selain anda boleh mengikuti butiran akaun anda dalam rangkaian Yes.
Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.

Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik. Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.

Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.
Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.
Bagaimanakah guru dan pelajar diberi sokongan sepanjang pelaksanaan projek 1BestariNet?

Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.
Adakah ibu bapa akan diberi akses Frog VLE?

Ibu bapa akan diberi ID Yes 1BestariNet untuk mengakses Dashboard ibu bapa dalam Frog VLE. Dengan ID log masuk mereka, ibu bapa boleh mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, acara sekolah, butiran perhubungan sekolah serta memuat turun borang-borang penting dan dokumen.
Mengapakah sekolah saya tidak mendapat liputan sambungan lagi?

Beberapa sekolah di kawasan anda mungkin sudah mendapat liputan, tetapi bukan sekolah anda. Pelancaran sambungan internet dan Frog VLE bermula pada Disember 2011 dan sehingga kini ia masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Semua sekolah rendah dan menengah kerajaan akan mendapat sambungan menjelang akhir tahun 2013.
Bilakah Frog VLE akan tiba di sekolah saya? 

Pelancaran Frog VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
Di sekolah saya sudah terdapat sambungan internet, tetapi mengapakah sambung VLE belum tersedia lagi? 

Beberapa sekolah mungkin sudah mendapat sambungan internet tetapi belum boleh mengakses Frog VLE. Pelancaran VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
Saya terlupa alamat VLE sekolah saya.

Anda boleh melakukan carian pantas alamat VLE sekolah anda di sini.
Saya menghadapi masalah dengan sambungan internet atau VLE.

Untuk bantuan teknikal dan isu-isu penyelesai masalah, sila berhubung dengan Pentadbir Frog sekolah anda. Jika anda adalah pentadbir Frog, kami mempunyai Portal Penjagaan Diri (Self-Care Portal) (ID log masuk Pentadbir Frog diperlukan) yang membolehkan anda mengakses bantuan teknikal.